Tiga Beradik Hilang Ditemui

Diterbitkan: Khamis, 15 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dari kiri: Syarafuddin Syazwan Rizauddin, Syarir Syafi Rizauddin dan Syauratul Syafiah Rizauddin hilang pada petang Selasa lalu.
Dari kiri: Syarafuddin Syazwan Rizauddin, Syarir Syafi Rizauddin dan Syauratul Syafiah Rizauddin hilang pada petang Selasa lalu.

IPOH: Tiga beradik yang dilaporkan hilang oleh ibu tunggal mereka pada Selasa dipercayai telah ditemui.

Bapa saudara kepada kanak-kanak itu, Saiful Azril Ishak menghantar mesej kepada wartawan menyatakan bahawa anak mereka telah ditemui pada kira-kira pukul 10 malam Rabu.

Mesej berkenaan berbunyi "Salam kawan2 (kawan-kawan). Terima kasih all. Anak buah aku dah jumpa. Mlm nie (malam ni) buat report (laporan) pengesahan jumpa"

Sharafuddin Rizauddin Syazwan, 11, Syarir Syafi, 8, dan Syauratul Syafiah, 6, hilang selama lebih 24 jam sejak Selasa lalu dari rumah mereka di Taman Meru 2B antara pukul 2 petang dan 6 petang.

Ibu kanak-kanak yang merupakan pekerja kilang iaitu Safarela Azwa Ishak, 36, begitu bimbang atas kehilangan anak-anaknya.

Difahamkan, ketiga-tiga beradik itu ditemui di Gombak, Selangor.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan