Rundingan Kerajaan Persekutuan & Selangor Selesai Isu Air Positif

Diterbitkan: Khamis, 15 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA NERANG: Rundingan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan Selangor dalam usaha menyelesaikan masalah bekalan air bersih di negeri itu serta Kuala Lumpur dan Putrajaya menunjukkan tanda positif.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata walaupun perkara itu dalam proses perbincangan antara kedua-dua pihak, beliau yakin kedua-dua pihak berusaha untuk berbuat sesuatu demi menjaga kepentingan rakyat.

Beliau berkata kerjasama itu akan menyelesaikan pelbagai perkara mengenai masalah bekalan air secara berperingkat di tiga kawasan itu termasuk berkenaan projek loji rawatan air Langat 2.

"Kami bukan bincang sekadar projek Air Langat 2 sahaja tetapi kami bercakap pasal holistik. Ia akan merangkumi semua masalah yang dihadapi di Selangor. "Mereka (Selangor) juga berhadapan dengan kawasan perindustrian jika masalah itu gagal diselesaikan. Sekarang ini pada peringkat polisi untuk membuat sebarang persetujuan antara kedua-dua pihak," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Umno Padang Terap di Kampung Padang Kerasak di sini, Khamis.

Mahdzir berkata rundingan peringkat awal telah dibuat oleh menteri berkenaan Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum pilihan raya umum lepas.

Abdul Khalid pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor awal Julai lepas menyatakan pihaknya bersedia mengadakan rundingan secara profesional dengan kerajaan persekutuan demi memastikan rakyat Selangor akan mendapat perkhidmatan air terawat dengan harga yang terbaik sama ada dari Langat 2 atau mana-mana punca air negeri itu.

Katanya keperluan air di negeri itu ialah antara 3,000 hingga 3,500 juta liter sehari dan sejumlah 4,606 juta liter sehari air terawat dikeluarkan dari 34 loji rawatan air di seluruh Selangor yang memproses 17,000 juta liter air mentah sehari. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan