Rosnah Masih Pertimbang Kemungkinan Tanding Jawatan Dalam Wanita Umno

Diterbitkan: Khamis, 15 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PAPAR: Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, beliau perlu meneliti sokongan akar umbi sebelum membuat keputusan untuk menandingi mana-mana jawatan dalam Wanita Umno.

Ini kerana katanya, beliau "orang baru" dalam Wanita jika dibandingkan dengan calon-calon lain.

"Saya berasal daripada Puteri Umno dan masih memegang jawatan Ketua Puteri sehingga September ini. Dalam erti kata lain saya orang baru dan sebagai orang baru saya kena lihat sokongan terutama dari segi kepimpinan Wanita peringkat akar umbi.

"Memandangkan kita hanya daftar calon pada 21 September, beri saya peluang untuk memikirkannya," kata Rosnah ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri, di kediamannya di sini Rabu.

Sebelum ini ada desas-desus mengatakan Anggota Parlimen Papar itu mengintai peluang untuk menandingi jawatan naib ketua Wanita pada pemilihan yang dijadualkan Oktober ini. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan