Pemilihan Semula CEC Bukti DAP Mengaku Buat Silap - Shabery

Diterbitkan: Khamis, 15 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan keputusan DAP mengadakan pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusat(CEC) sebagai tanda pengakuan pucuk pimpinan parti itu bahawa mereka telah melakukan kesilapan.

Ahmad Shabery yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata ini bermakna DAP bukanlah parti yang sempurna dan pengamal demokrasi yang telus sebagaimana diuar-uar mereka sebelum ini.

"Tanpa pendedahan oleh anggota mereka sendiri, DAP akan terus dipimpin melalui proses manipulasi dalam kalangan mereka yang berkuasa di dalam parti. "Alasan lain yang diberikan oleh pucuk pimpinan (DAP) hanyalah sekadar menutup aib sendiri," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Kata Ahmad Shabery, keengganan DAP membawa perkara itu ke mahkamah juga adalah bukti bahawa Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) berada di pihak yang benar.

Pada 30 Julai lepas, ROS memutuskan DAP perlu mengadakan pemilihan semula CECnya selepas badan itu tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh DAP berhubung dakwaan penyelewengan pengundian dan manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan pada pemilihan parti itu 15 Disember lepas.

Namun begitu, parti itu mendakwa pemilihan berkenaan telah diadakan secara bersih dan kesilapan yang berlaku adalah disebabkan masalah teknikal.

Pada Khamis, Pengerusinya Karpal Singh dalam satu kenyataan, berkata DAP akan mengadakan pemilihan semula CEC bagi mengelakkan pendaftaran mereka dibatalkan. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan