Kod Pakaian Bukan Wajib Tetapi Permintaan Hormati Tempat Ibadat Batu Caves

Diterbitkan: Khamis, 15 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pihak pengurusan kuil Batu Caves memperjelaskan bahawa kod pakaian tidak akan dikuatkuasakan pada masa ini.
Pihak pengurusan kuil Batu Caves memperjelaskan bahawa kod pakaian tidak akan dikuatkuasakan pada masa ini.

PETALING JAYA: Pihak pengurusan kuil Batu Caves tidak menghalang sesiapa daripada memasuki kawasannya berdasarkan pemakaian mereka meskipun terdapat notis mengenai kod berpakaian.

"Kami tidak akan menghalang sesiapa daripada memasuki kawasan kuil. Itu bukan niat kita.

"Ini (notis) adalah lebih kepada permintaan untuk pelawat supaya menunjukkan rasa hormat dengan tidak merokok atau perlu berpakaian sopan kerana di sini adalah tempat beribadat," kata Pengerusi jawatankuasa kerja kuil, N. Sivakumar.

Dilaporkan bahawa pihak pengurusan telah meletakkan notis, mengatakan bahawa satu kod pakaian melarang mereka yang berjoging daripada memakai seluar pendek atau skirt pendek sekiranya mereka mahu berjoging menaiki tangga menuju ke kawasan kuil.

Antara lain, notis itu juga melarang orang ramai daripada merokok, berlari di tangga Batu Caves, meludah dan membawa haiwan peliharaan.

Sivakumar berkata, pihak pengurusan terpaksa meletakkan notis selepas ramai penganut mengadu mengenai mereka yang berjoging berpakaian tidak sopan dan merokok di sekitar kuil.

"Kita tidak mahu orang ramai berjoging menaiki tangga kerana ia tidak selamat. Jika mereka jatuh, mereka juga boleh mencederakan orang lain yang mendaki tangga pada masa yang sama.

"Kebanyakan mereka yang berjoging berlari menaiki tangga pada waktu pagi dan petang. Ketika ini adalah waktu kita bersembahyang dan terdapat banyak penganut menuju ke kuil," katanya.

Bagaimanapun, pihak pengurusan akan bertegas menguatkuasakan peraturan larangan merokok di kawasan kuil.

Kuil itu, katanya, kini mempertimbangkan satu lagi kaedah untuk memastikan pelawat berpakaian sopan.

"Kami sedang memikirkan untuk menubuhkan gerai di pintu masuk untuk memberikan selendang atau pakaian sari kepada pengunjung dan pelancong untuk dipakai sekiranya mereka merancang untuk memasuki kuil," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan