Kaji Perjanjian Penswastaan Demi Manfaat Kepada Rakyat - Sultan Johor

Diterbitkan: Khamis, 15 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri Johor perlu mengkaji semula perjanjian dan penswastaan sedia ada dengan pelabur bagi memastikan rakyat negeri akan mendapat manfaat daripada projek pembangunan, terutama di kawasan Iskandar Malaysia dan Pengerang, titah Sultan Johor pada pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Khamis.

Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah, walaupun Johor menarik perhatian ramai pelabur tempatan dan asing, rakyat tempatan berhadapan dengan kesukaran berikutan pertambahan kos sara hidup dan peningkatan harga hartanah di mana di luar kemampuan kebanyakan rakyat Johor.

Pada masa yang sama, baginda menyeru supaya pemaju hartanah lebih prihatin dan tidak hanya memfokuskan keuntungan dengan menetapkan harga hartanah yang tinggi yang hanya dapat menarik perhatian pembeli asing.

"Mereka seharusnya tidak terlalu tamak dan mesti memainkan peranan mereka dengan membina hartanah kediaman yang berpatutan untuk rakyat tempatan," titah bagindam sambil menambah bahawa kerajaan negeri perlu mengenal pasti skim perumahan yang sesuai untuk penghuni setinggan bagi membolehkan mereka berpindah dari tanah milik kerajaan negeri.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan