JAIJ Akan Periksa Arah Kiblat Bilik Solat Dan Surau Awam, Swasta

Diterbitkan: Khamis, 15 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) akan membuat pemeriksaan terhadap premis awam dan swasta bagi memastikan bilik solat atau surau mempunyai arah kiblat yang tepat.

Penasihatnya, Datuk Noh Gadut berkata, selain hotel dan pusat peranginan, pemeriksaan itu akan meliputi institusi pendidikan, kilang-kilang, kem-kem Khidmat Negara, kompleks membeli-belah dan juga premis rumah penginapan.

Katanya, ini adalah perlu untuk memastikan umat Islam diberikan tempat khusus untuk menunaikan solat mereka.

Menggesa pemilik dan pengendali untuk berunding dengan pejabat kadi daerah jabatan mengenai garis panduan untuk menentukan arah kiblat yang tepat, beliau berkata: "Kami tidak mengenakan sebarang bayaran untuk perkhidmatan ini dan kami akan mengeluarkan suatu perakuan yang mengesahkan bahawa premis itu mempunyai kiblat yang mengikut Syariah."

Beliau berkata pada masa ini, semua surau di kawasan rehat dan rekreasi di sepanjang lebuh raya di Johor telah disahkan oleh jabatan itu.

Dilaporkan bahawa Raja Johor Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar menitahkan supaya JAIJ mengeluarkan satu pekeliling kepada kadi daerah, pegawai daerah dan presiden majlis perbandaran untuk memeriksa arah kiblat di semua hotel dan resort di kawasan mereka.

"Kami juga merancang untuk melanjutkan perkhidmatan arah kiblat untuk melindungi kawasan perumahan swasta. Kami mengalu-alukan pemilik rumah untuk menghubungi kami," kata Noh.

Beliau menyifatkan kejadian yang melibatkan pengusaha resort di Tanjung Sedili Besar telah membenarkan sekumpulan penganut Buddha untuk mengadakan upacara keagamaan dalam surau sebagai "memohon kerahmatan" kerana ia mengajar umat Islam untuk tidak mengambil ringhan tehadap isu-isu sensitif yang melibatkan Islam.

Noh juga menasihatkan umat Islam supaya bertenang berhubung insiden itu termasuk blogger dan pengguna Internet supaya tidak terus mengulas mengenainya.

Pemilik resort, warga Singapura berusia 45 tahun yang mempunyai status permaustatin tetap (PR) Malaysia, ditahan reman sehingga Jumaat.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana menjejaskan atau mencemarkan tempat ibadat dengan niat untuk menghina mana-mana agama.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia bahagian Johor, Tengku Ahmad Faizal Tengku Mohamed berkata, bilik hotel di premis ahli-ahlinya mematuhi garis panduan jabatan itu mengenai arah kiblat.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan