Dalang Culik Dua Bersaudara Di Lahad Datu Dikenal Pasti

Diterbitkan: Khamis, 15 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tun Wee Jie (kiri) berjaya melepaskan diri daripada penculik.
Tun Wee Jie (kiri) berjaya melepaskan diri daripada penculik.

PETALING JAYA: Dalang di sebalik penculikan dua bersaudara, Tung Wee Jie dan Tung Wee Wei di Lahad Datu tahun lalu dikenali sebagai Mohd Amin Bacho.

Lelaki berusia 30 tahun dari Tawau itu tersenarai dalam siasatan terbuka oleh Pasukan Petugas Khas (Operasi dan Anti Pengganas) di Kuala Lumpur berhubung penglibatannya dengan kumpulan militan Darul Islam Sabah.

Pengarah Jabatan Petugas Khas (Operasi dan Anti Pengganas), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun mengenalpasti salah seorang daripada tujuh lelaki yang menyerang hendap dan menculik Wee Jei, 26 dan Wee Wei, 34, pada 14 November 2012.

Terdahulu, laporan media di Malaysia mengenalpasti dua bersaudara itu sebagai Chong Wei Jie dan Chong Wei Fei.

"Wei Jei yang berjaya melarikan diri daripada penculik itu pada 4 Ogos ditemubual oleh pegawai-pegawai kami di Bukit Aman pada Isnin.

"Dia dikenali sebagai Mohd Amin berdasarkan gambar beberapa suspek yang kami tunjukkan kepadanya," kata Mohamad Fuzi ketika dihubungi pada Rabu.

Beliau berkata Mohd Amin dipercayai terlibat dengan enam anggota kumpulan Abu Sayyaf untuk menculik dua bersaudara itu.

"Wee Jie memberitahu kami bahawa Mohd Amin bersama dengan kumpulan tersebut sepanjang tempoh mereka diculik.

"Dia mendakwa Mohd Amin bercakap dengannya dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia dengan loghat Sabah," katanya.

Dua bersaudara itu diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata dari ladang keluarga mereka di Tambisan, Lahad Datu pada 14 November tahun lalu sebelum dibawa ke Jolo di mana mereka dikurung dalam sebuah pondok buluh sehingga 17 April lalu.

Wee Jie dipisahkan dari Wee Wei yang jatuh sakit dan penculik tersebut mendakwa mereka telah menghantar sepupunya itu ke hospital.

Pihak berkuasa Filipina dilaporkan sebagai berkata mereka telah merancang satu operasi di kawasan Wee Jei diculik dalam usaha mengesan Wee Wei.

Wee Jie yang diberi makan nasi dan ikan masin sepanjang dia diculik dan berjaya melepaskan diri, kini bertemu semula dengan keluarganya di Port Dickson selepas diterbangkan ke sini Rabu lalu.

Menurut Mohamad Fuzi, Mohd Amin kini disiasat dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 kerana penglibatannya bersama kumpulan militan Darul Islam Sabah.

"Kami masih belum mengesahkan sama ada Wee Wei meninggal dunia ketika dalam tawanan," katanya sambil menambah pegawainya akan berhubung dengan beberapa pegawai dari Filipina untuk mendapatkan maklumat lanjut.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan