Jurufoto Malaysia Ukir Nama Negara Pada Pameran WPP - Berita Semasa | mStar

Jurufoto Malaysia Ukir Nama Negara Pada Pameran WPP

Diterbitkan: Rabu, 14 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua jurufoto bebas mengukir nama Malaysia pada Pameran World Press Photo (WPP) 2013 bersama 52 jurufoto lain dari seluruh dunia.

Karya mereka, yang memenangi hadiah dan dipamerkan pada pameran itu, adalah gambar lumba lembu bertajuk 'Joy at the End of the Run' yang dirakam Dr Chen Wei Seng di Sumatera, Indonesia, bagi kategori Aksi Sukan dan gambar rakaman Stefen Chow bertajuk 'A Chinese Contemporary Artist Ai WeiWei' bagi kategori Staged Portrait.

Para pemenang dipilih melalui 103,481 foto yang hantar kepada penganjur oleh 5,666 jururfoto dari seluruh dunia. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata inilah julung kalinya rakyat Malaysia menyertai pameran itu.

"Saya amat gembira apabila mendapat tahu tentang dua jurufoto Malaysia yang foto rakaman mereka terpilih pada tahun ini. Ini dengan jelas menunjukkan bahawa bakat rakyat Malaysia adalah bertaraf dunia dan sikap 'Malaysia Boleh' masih wujud dengan teguh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran itu di pusat membeli-belah Bangsar (BSC) di sini Rabu.

Ini kali ketiga pameran WPP diadakan di Malaysia.

Dr Chen dari Selangor berkata beliau berasa bertuah kerana karyanya terpilih sebagai pemenang dan ini akan mendorongnya untuk berusaha dengan lebih tekun untuk menghasilkan gambar lebih berkualiti.

Chow pula berkata beliau amat gembira dan menyifatkan kejayaan itu sebagai detik yang sungguh bermakna dalam hidupnya.

WPP 2013, pameran pertandingan gambar akhbar tahunan paling besar dan berprestij di dunia, dihoskan TNT Malaysia Express bersama Kedutaan United Kingdom dan Belanda.

Pameran yang dibuka secara percuma kepada orang ramai di BSC ini terbahagi kepada beberapa kategori termasuk isu kontemporari, kehidupan harian, berita am, alam semula jadi, potret dan sukan. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan