Jabatan Peguam Negara Kaji Semula Akta Undang-Undang Sivil 1956

Diterbitkan: Rabu, 14 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara sedang mengkaji kesesuaian pemakaian Akta Undang-Undang Sivil 1956 (Akta 67) khususnya peruntukan mengenai pemberian dan pengiraan ganti rugi bagi kecederaan diri dan kemalangan maut.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, hasil kajian awal pihaknya mendapati terdapat peruntukan dalam akta itu yang boleh diperbaharui selaras dengan perkembangan ekonomi dan sosial terkini di Malaysia yang telah banyak berubah.

"Bagi memastikan kajian semula akta tersebut lebih menyeluruh, satu borang kaji selidik telah dimuat naik di halaman utama laman sesawang rasmi Jabatan Peguam Negara bertujuan mendapatkan maklum balas orang awam mengenai cadangan untuk menambah baik akta tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Borang kaji selidik itu mula dimuat naik pada 6 Ogos dan boleh diakses sehingga 8 September depan melalui alamat http://www.agc.gov.my. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan