Ibu Tunggal Harap Tiga Anak Pulang Dengan Selamat - Berita Semasa | mStar

Ibu Tunggal Harap Tiga Anak Pulang Dengan Selamat

Diterbitkan: Rabu, 14 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Safarela Azwa menunjukkan gambar dia bersama tiga orang anaknya yang hilang.
Safarela Azwa menunjukkan gambar dia bersama tiga orang anaknya yang hilang.

IPOH: Ibu tunggal, Safarela Azwa Ishak berharap tiga orang anaknya yang hilang lebih 24 jam akan kembali dengan selamat.

Safarela Azwa, 36, pegawai di sebuah kilang berkata, dia terkejut setelah mendapati ketiga-tiga anaknya hilang selepas pulang ke rumah dari tempat kerja pada petang Selasa.

Dia percaya anaknya, Syarafuddin Syazwan Rizauddin, 11, Syarir Syafi Rizauddin, 8, and Syauratul Syafiah Rizauddin, 6, meninggalkan rumah mereka di Taman Meru 2B antara pukul 2 petang dan 6 petang.

"Saya percaya mereka meninggalkan rumah selepas adik perempuan saya yang menjaga mereka pada sebelah pagi keluar kira-kira pukul 1.30 petang.

"Mereka tidak pernah meninggalkan rumah tanpa penjaga di sisi mereka dan sudah semestinya mereka tidak tahu menggunakan pengangkutan awam," katanya.

Safarela Azwa berkata ketiga-tiga anaknya tidak membawa barang lain kecuali dompet mereka.

"Saya tidak dapat menghubungi mereka kerana mereka tidak mempunyai telefon bimbit," katanya.

Safarela Azwa berkata dia sudah mencari ketiga-tiga anak mereka bersama bekas suaminya tetapi tidak tahu ke mana mereka pergi.

"Kami sudah mencari mereka di terminal bas Amanjaya dan pasar raya Mydin tetapi usaha kami hanya sia-sia," katanya.

Adik lelaki Safarela Azwa, Saiful Azril Ishak, 30, berkata mereka mengesyaki ketiga-tiga kanak-kanak itu berkunjung ke rumah rakan-rakan mereka untuk berhari raya.

Katanya, keluarga mereka turut memuat naik gambar ketiga-tiga kanak-kanak itu di laman Facebook dan sesiapa yang menjumpai mereka boleh menghubungi keluarga itu.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan