Gesaan Ketua Menteri Sabah Tanding Naib Presiden Umno

Diterbitkan: Rabu, 14 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Musa Aman.
Musa Aman.

KOTA KINABALU: Ramai pemimpin dan ketua Umno bahagian Sabah menginginkan supaya Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman bertanding dalam jawatan naib presiden parti.

Mereka mengatakan bahawa Musa mempunyai rekod yang baik dalam parti dan kerajaan, merupakan pilihan yang sesuai dari Sabah untuk salah satu daripada tiga jawatan naib presiden Umno.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Mohd Shafie Apdal, yang merupakan Pengerusi Bahagian Umno Semporna, sudah pun mengumumkan mengenai rancangan beliau untuk mempertahankan jawatan naib presiden yang dimenanginya pada pemilihan parti yang lepas.

Shafie merupakan warga Sabah yang pertama menang dalam peringkat naib presiden Umno.

Permintaan terhadap Musa, yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah secara jelasnya bersaing untuk bertanding jawatan itu yang dilihat untuk mengetepikan Shafie walaupun pihak dalaman Umno Sabah merasakan "ia hanya membuatkan Shafie bekerja keras untuk undinya."

Musa, bagaimanapun, tidak memberikan petunjuk mengenai apakah jawatan yang akan ditandingi beliau, dengan para penyokong kuatnya mengatakan bahawa "beliau boleh bertanding bagi jawatan naib presiden tetapi mungkin fokus untuk berada pada peringkat majlis tertinggi."

Paling terbaru yang menyuarakan sokongan untuk Musa adalah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin yang berkata, beliau telah mencadangkan supaya Musa bertanding pada pemilihan parti yang lepas tetapi beliau hanya pergi untuk jawatan majlis tertinggi.

"Tetapi kali ini, jika beliau memutuskan untuk bertanding jawatan itu (naib presiden), saya akan memberi sokongan penuh," kata Ketua Umno bahagian Putatan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Salleh Said Keruak turut menyatakan bahawa Ketua Menteri adalah pilihan terbaik untuk jawatan naib presiden kerana beliau menerajui Sabah dengan memperoleh kemenangan untuk negeri itu dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Beberapa Umno bahagian pada bulan lepas mencadangkan Salleh, yang merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk bertanding dalam jawatan naib presiden.

Saleh, bagaimanapun, mempertahankan bahawa Ketua Menteri merupakan calon bagi naib presiden yang lebih baik, dan sejak itu Musa menerima sokongan daripada beberapa pemimpin negeri, termasuk bahagian Umno dari Sipitang, Tawau, Beluran, Kota Kinbalau, Sepanggar dan Papar.

Turut menyifatkan Musa sebagai pemimpin yang berkaliber, karisma, berkeupayaan serta akan memberi sokongan kepada Musa sekiranya bertanding bagi jawatan naib presiden adalah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun yang mengumumkan mengenai hasratnya untuk bertanding dalam jawatan Naib Ketua Wanita Umno.

Azizah, yang merupakan anggota exco Wanita Umno dan Ketua Wanita Umno bahagian Beaufort pada Isnin berkata, sebagai Timbalan Menteri dan sejak ada kekosongan bagi jawatan itu, beliau menawarkan diri untuk menjadi calon kerana beliau percaya beliau boleh memberi sumbangan yang lebih kepada wanita bukan sahaja di Sabah tetapi juga di seluruh negara.

Beliau, bagaimanapun, mungkin akan berhadapan dengan seorang lagi calon dari Sabah untuk bertanding dalam jawatan yang sama.

Beberapa pemimpin Wanita Umno negeri meminta supaya wanita pertama yang dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara iaitu Datuk Armani Mahiruddin yang disifatkan sebagai seorang yang setia kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil untuk bertanding dalam jawatan sebagai naib ketua.

Armani merupakan adik perempuan kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahirrudin.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan