CPA Akan Digunakan Tidak Lama Lagi Tangani Jenayah - Berita Semasa | mStar

CPA Akan Digunakan Tidak Lama Lagi Tangani Jenayah

Diterbitkan: Rabu, 14 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan akan menggunakan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (CPA) tidak lama lagi untuk menangani geng dan samseng sindiket berkaitan jenayah serius yang kini semakin meningkat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata, penggunaan CPA diperlukan memandangkan ketiadaan undang-undang pencegahan khusus yang bertujuan untuk menangani ahli-ahli kongsi gelap yang disiasat oleh pegawai siasatan.

"Kami sedang mengkaji undang-undang sedia ada seperti CPA dan cara terbaik untuk menggunakannya secara berkesan bagi menangani jenayah yang semakin meningkat," katanya.

Low menambah bahawa pegawai siasatan dilantik, yang bukan daripada pasukan polis, juga perlu diberikan platform untuk mempunyai pertimbangan dalam penahanan suspek.

Beliau berkata, langkah itu mengikuti kajian yang belum selesai oleh Kerajaan untuk menentukan sama ada undang-undang pencegahan baru diperlukan.

"Buat masa ini, kita melihat undang-undang yang sedia ada seperti CPA dan Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 untuk melihat bagaimana ini boleh dikuatkuasakan dengan berkesan oleh pihak polis," katanya.

CPA itu yang terpakai di Semenanjung Malaysia, akan membolehkan ahli-ahli kumpulan yang disyaki ditahan selama 14 hari dan tambahan 28 hari sekiranya diperlukan untuk siasatan lanjut.

Pegawai siasatan akan dilantik pada ketika itu untuk menentukan sama ada terdapat alasan bagi penahanan suspek dan sekiranya mereka adalah benar-benar ahli-ahli kumpulan.

Laporan siasatan berkenaan kemudiannya akan dikemukakan kepada Menteri Dalam Negeri untuk pengesahan dengan suspek ditahan, yang mempunyai hak untuk membuat rayuan terhadap perintah penahanan mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan lepas mengumumkan bahawa kerajaan memikirkan pembentangan undang-undang pencegahan baru di Parlimen.

Satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, dibentuk untuk mengkaji keperluan undang-undang pencegahan baru berikutan pengumuman Najib.

Anggota lain dalam jawatankuasa itu adalah Low, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, Low menegur pihak tertentu "membuat andaian" apabila mendakwa Kerajaan cuba untuk menggubal undang-undang pencegahan yang zalim.

"Persoalan undang-undang pencegahan baru tidak timbul pada masa ini dan mereka yang menuduh Kerajaan cuba untuk menggubal undang-undang zalim yang baru hanya satu spekulasi.

"Tiada yang dimuktamadkan lagi," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, mana-mana undang-undang pencegahan baru yang akan digubal perlu mengimbangi antara keselamatan dan kebebasan.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan