Bekas MB Kedah Dipindahkan Ke Hospital Alor Setar

Diterbitkan: Rabu, 14 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini Rabu dari Hospital Pulau Pinang (HPP), setelah lebih tiga bulan menerima rawatan di HPP.

Azizan, 69, tiba di HSB kira-kira 11.15 pagi Rabu ditemani saudara mara terdekat.

Seorang daripada anak lelakinya yang enggan dikenali berkata anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau itu berada dalam keadaan stabil dan baik ketika dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke sini.

"Kami bertolak dari Pulau Pinang kira-kira pukul 10 pagi. Keadaannya ok sepanjang perjalanan dan kesihatannya semakin baik," katanya ketika ditemui di HSB.

Sementara itu, bekas Setiausaha Akhbar Azizan, Mohd Helmi Khalid berkata mereka telah dimaklumkan semalam bahawa Azizan akan dipindahkan ke Kedah.

Katanya keadaan kesihatan Azizan semakin baik, dan luka di kedua-dua kakinya yang terpaksa dipotong akibat komplikasi penyakit kencing manis, beransur sembuh.

Bagaimanapun kata Helmi, doktor tidak membenarkan Azizan menerima terlalu ramai pelawat ketika ini, kerana beliau perlu banyak berehat.

"Azizan sudah boleh bercakap dan berkomunikasi dengan mereka yang melawatnya. Tetapi beliau masih di bawah pemerhatian rapi doktor," katanya.

Azizan terpaksa menjalani pembedahan kedua-dua kakinya bagi mengelakkan jangkitan kuman pada kakinya merebak ke anggota badan yang lain.

Beliau menerima rawatan di Kedah Medical Centre pada 6 Mei sebelum dipindahkan ke HPP sehari selepas itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan