Anggota Tentera Direman Tujuh Hari Bantu Siasatan Kes Letupan Di Tumpat

Diterbitkan: Rabu, 14 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Seorang anggota tentera berusia 29 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula Rabu, bagi membantu siasatan berkaitan kes letupan yang membunuh seorang kerani sekolah di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, Tumpat pada Ahad lepas.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek ditahan bagi membantu siasatan kes letupan itu yang membunuh kerani Sekolah Rendah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32.

"Suspek ditahan di Tumpat pada pukul 5 petang semalam," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, Mohd Yusrizal maut terkena letupan ketika mengambil bungkusan ditinggalkan di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di halaman rumah mertuanya di Taman Seri Periuk itu.

Mazlan berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Polis sebelum ini telah mengambil sampel daripada saki-baki bahan letupan itu dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dikenal pasti bahan letupan yang digunakan.

Berikutan itu, polis Kelantan menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat secara menyeluruh kes berkenaan termasuk mengenal pasti motif kejadian dan jenis bahan letupan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan