Majikan Perlu Pastikan Pembantu Rumah Terlatih - Kedutaan Besar Indonesia

Diterbitkan: Selasa, 13 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majikan di negara ini yang berhasrat mendapatkan khidmat pembantu rumah warga Indonesia dinasihat agar terlebih dahulu memastikan bakal pembantu itu sudah terlatih secukupnya.

Ini bagi mengelakkan berlaku kes dera terhadap mereka yang sebelum ini ada juga kaitan dengan ketidakupayaan pembantu rumah tersebut melaksanakan kerja-kerja rumah, kata Kaunselor Perhubungan Kedutaan Besar Indonesia di sini, Dino Nurwahyudin.

"Jika diperhati, majikan di Malaysia sebenarnya suka langsung mendapatkan khidmat pembantu rumah ini daripada agensi tanpa memeriksa kompetensi mereka untuk bekerja.

"Bila sampai ke rumah baru mereka sedar bahawa pembantu rumah ini tidak bisa melakukan apa-apa lantas mengakibatkan mereka emosional lalu mendera," katanya.

Dino diminta mengulas kes dera Maria Roberta Sain, 30, seorang pembantu rumah Indonesia di Subang Bestari, Shah Alam, Khamis lalu.

Berikutan itu, Maria, bertindak melarikan diri dari rumah majikannya selepas mendakwa menjadi mangsa dera sejak lapan bulan lalu dan membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya dengan bantuan orang awam.

Wanita itu mendakwa dia dipukul menggunakan tangan, kaki dan objek seperti berus lantai.

Mengenai Maria, Dino berkata keadaannya sudah semakin baik dan setelah dibawa ke rumah perlindungan kedutaan itu pada Isnin.

"Kami sudah menyoal Maria dan dimaklumkan bahawa dalam tempoh perkhidmatan dia belum pernah dibayar gaji meskipun dijanjikan RM700 sebulan ketika mula-mula bekerja pada 26 November 2012," katanya.

Maria juga mendakwa dia hanya diberi makan minum sekali sehari jika bersama di rumah majikan perempuannya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan