Jumlah Individu Di Lembah Klang Fikir Untuk Bunuh Diri Meningkat

Diterbitkan: Selasa, 13 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bilangan orang di Lembah Klang yang meluahkan pandangan mereka untuk membunuh diri kepada Befrienders Kuala Lumpur pada tahun lepas adalah hampir dua kali ganda daripada tahun 2008.

Pada 2008, seramai 1,393 orang menyatakan bahawa mereka mempunyai perasaan untuk membunuh diri, tetapi jumlah itu meningkat kepada 2,668 pada tahun lepas, kata Pengerusi Befrienders KL, L. Mary Raj.

Isu-isu melibatkan perhubungan mendahului senarai masalah yang dinyatakan, diikuti dengan masalah psikiatri dan kewangan, katanya, sambil menambah bahawa kebanyakan pemanggil berkata, mereka mempunyai pemikiran untuk membunuh diri adalah di bawah 30 tahun, diikuti oleh mereka dalam lingkungan usia 31 hingga 50 tahun.

Mengenai bangsa, kaum Cina mencatatkan jumlah tertinggi meliputi 60% daripada jumlah pemanggil, diikuti India dan Melayu.

Mary berkata, sebab ramai orang yang mempunyai fikiran untuk membunuh diri mungkin disebabkan oleh peningkatan jumlah orang-orang yang hidup dalam keadaan tertekan, serta lebih publisiti media terhadap kes bunuh diri.

Selain daripada panggilan telefon, luahan itu turut dibuat melalui emel dan pertemuan secara bersemuka.

"Ia adalah baik bahawa mereka meluahkan perasaan membunuh diri kerana ia mengurangkan risiko mereka untuk membunuh diri pada masa mereka untuk mempertimbangkannya," kata Mary.

Menurut Daftar Bunuh Diri Kebangsaan, sebanyak 117 kes bunuh diri dicatatkan pada 2007, manakala 425 kes pada tahun 2010.

India mencatatkan kadar bunuh diri tertinggi pada 3.67 kes bagi setiap 100,000 orang India, diikuti oleh Cina pada 2.44 bagi setiap 100,000. orang

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman mengingatkan media supaya tidak mensensasikan kes-kes bunuh diri kerana ia boleh membawa kepada cubaan "meniru" kes berkenaan.

Selain daripada memperkenalkan Pelan Strategik Negara dan Tindakan Pencegahan Bunuh diri pada tahun lepas, Dr Lokman berkata, garis panduan mengenai media melaporkan mengenai bunuh diri telah dibangunkan untuk mendidik media mengenai laporan yang bertanggungjawab tentang bunuh diri .

Dr Lokman berkata, faktor utama yang menyumbang kepada bunuh diri adalah peristiwa hidup yang penting seperti masalah kewangan, hubungan, pekerjaan dan psikiatri.

Befrienders Kuala Lumpur boleh dihubungi di 03-7956 8145/8144 atau sam@befrienders.org.my.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan