Isu TPP Dikemukakan Anwar Bukan Baharu: Mustapa

Diterbitkan: Selasa, 13 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa isu dan hujah-hujah diketengahkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan rundingan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) bukan perkara baharu, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed pada Selasa.

"Malah, isu-isu berkenaan antara perkara yang menjadi keutamaan perunding Malaysia pada rundingan TPP yang diadakan," kata beliau, merujuk kepada kenyataan media oleh Anwar mengenai TPP pada Isnin.

Antara isu-isu tersebut ialah syarikat milik kerajaan, perusahaan kecil dan sederhana, penyelesaian pertikaian pelabur-negeri dan penjagaan kesihatan yang berpatutan.

"Pendirian kita mengenai isu-isu ini adalah berdasarkan input dan maklum balas yang diperoleh daripada pelbagai pihak berkepentingan tempatan melalui beberapa perundingan dan sesi penglibatan," kata beliau dalam satu kenyataan.

Mustapa menegaskan bahawa Malaysia tidak akan terburu-buru menandatangani perjanjian TPP (TPPA) sehingga "yakin manfaat mengatasi kos."

"Kerajaan akan memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa memajukan kepentingan negara dan melindungi kedaulatan negara adalah keutamaan utama kita, " kata beliau.

Mustapa berkata pasukan rundingan TPP Malaysia diwakili oleh pegawai kanan kerajaan dari pelbagai kementerian dan agensi kerajaan yang pakar dalam bidang masing-masing.

Perunding adalah birokrat yang kompeten dan berpengalaman yang telah berjaya merundingkan beberapa perjanjian perdagangan pelbagai hala dan bebas pada tahun kebelakangan ini.

Mengenai masa depan, Mustapa berkata kementerian mengambil perhatian serius terhadap kebimbangan awam mengenai ketelusan dan kerahsiaan rundingan.

Beliau berkata kerajaan juga mengalu-alukan penubuhan Kaukus Parlimen dwipartisan mengenai TPPA.

Kaukus berkenaan berada di Kota Kinabalu bulan lepas semasa pusingan ke-18 rundingan TPP dan kehadiran Kaukus dialu-alukan pada pusingan ke-19 rundingan TPP yang akan berlangsung di Brunei mulai 22 Ogos hingga 30 Ogos, 2013, kata beliau.

Menteri itu berkata kementerian akan terus bekerjasama dengan Kaukus untuk menerima maklum balas dan input dan menyatakan bahawa "interaksi dengan Kaukus itu setakat ini membina."

Mustapa juga menekankan bahawa penglibatan Malaysia dalam rundingan TPP tidak mengetepikan komitmen dan keutamaan kepada Asean.

"China tidak menjadi sebahagian daripada TPPA tidak dalam apa jua cara mengurangkan kepentingannya sebagai rakan dagangan yang penting," katanya.

Rundingan TPP masih dijalankan dan kementerian mengalu-alukan input selanjutnya daripada rakyat Malaysia.

Berikutan kejayaan Hari Terbuka mengenai TPPA yang diadakan pada 1 Ogos, kementerian merancang untuk mempunyai acara yang sama dalam masa terdekat sebelum rundingan TPP dimuktamadkan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan