Insiden Di Surau Kota Tinggi: Ketua Sami Buddha Mohon Maaf

Diterbitkan: Selasa, 13 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Sami Buddha Malaysia Datuk K Sri Dhammaratana pada Selasa memohon maaf kepada umat Islam di atas tindakan penganut fahaman Buddha yang menggunakan sebuah surau di Johor untuk melakukan upacara keagamaan.

Dalam satu kenyataan ringkas, Sri Dhammaratana menyatakan rasa kesal berhubung insiden itu dan meminta penganut fahaman itu untuk menjadi lebih prihatin terhadap sensitiviti agama lain.

"Kami ingin memohon maaf kepada umat Islam di atas tindakan sekumpulan penganut Buddha dari Singapura kerana mengadakan upacara keagamaan di dalam surau sebuah resort di Kota Tinggi.

"Saya menasihatkan penganut Buddha di Malaysia dan Singapura supaya menghormati sensitiviti agama lain ketika melakukan upacara keagamaan mereka," katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan sebuah video yang menunjukkan sekumpulan penganut Buddha yang diketuai oleh seorang sami melakukan upacara keagamaan di dalam surau tersebar di laman sosial.

Polis telah menahan pemilik resort di Tanjung Sedili Besar untuk membantu siasatan.

Lelaki yang berusia 45 tahun itu merupakan warga Singapura dengan status permaustatin tetap (PR) Malaysia yang dikenali sebagai Ahmad ditahan pada Isnin di resort tersebut.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan atau mencemarkan tempat ibadat dengan niat untuk menghina mana-mana agama.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan