Umno Pinda Tarikh Mesyuarat Cawangan, Bahagian Dan Penamaan Calon Parti

Diterbitkan: Isnin, 12 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tengku Adnan Tengku Mansor.
Tengku Adnan Tengku Mansor.

PETALING JAYA: Tarikh mesyuarat cawangan Umno, mesyuarat bahagian dan penamaan calon untuk pemilihan parti dipinda ke tarikh yang baru, kata Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata, pindaan tarikh tersebut telah dipersetujui oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, pindaan tersebut dibuat berikutan cadangan dan permintaan daripada Umno Bahagian dan Cawangan di mana antaranya disebabkan oleh tarikh mesyuarat Cawangan sebelum ini berlangsung pada bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri serta tamat tempoh mesyuarat pada 31 Ogos.

“Tarikh baru adalah seperti berikut.. Mesyuarat Cawangan Umno dilanjutkan daripada 31 Ogos kepada 15 September, pendaftaran penamaan calon untuk pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri daripada 7 September kepada 21 September.

“Mesyuarat pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri ditetapkan pada 12 Oktober dan penamaan calon untuk pemilihan Majlis Tertinggi Umno daripada 7 September kepada 28 September.

“Mesyuarat Bahagian dan hari pemilihan Majlis Tertinggi Umno dipinda daripada 5 Oktober kepada 19 Oktober,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut Tengku Adnan, pada masa yang sama pindaan itu turut disebabkan oleh kunjungan dua pemimpin luar negara iaitu Presiden China dan Presiden Amerika Syarikat ke negara ini pada awal Oktober, dan persediaan untuk menerima kedatangan tetamu negara ini perlu dibuat.

Beliau menambah, pihak pengurusan Umno juga telah memaklumkan kepada ahli Majlis Tertinggi parti mengenai pindaan tarikh baru.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan