'Saya Tidak Tulis, Taja Atau Minta Buku Itu Diterbitkan' - Pak Lah

Diterbitkan: Isnin, 12 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Isnin menafikan bahawa beliau menulis, menaja atau meminta supaya buku 'Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia' diterbitkan.

Dalam kenyataan media pada Isnin, Abdullah atau lebih kerap dengan panggilan mesra "Pak Lah" berkata, beliau sedia diwawancara oleh dua ahli akademik, James Chin dan Bridget Welsh atas prinsip keterbukaan demi perdebatan seimbang dengan mengambil kira semua sudut pandangan.

Justeru, beliau meminta agar tiada pihak membuat andaian bahawa buku ini ditulis oleh "Pak Lah yang sudah bersubahat dengan pembangkang untuk menentang partinya sendiri".

"Itu sudah memesong fakta dan menjadi fitnah. Apa juga teguran yang diberikan dalam wawancara saya yang dimuatkan dalam buku ini dibuat kerana saya ingin melihat Umno terus diberikan mandat dan kepercayaan oleh rakyat.

"Saya tidak pernah meninggalkan Umno dan insyaAllah bila tiba masanya nanti, saya akan menghembuskan nafas terakhir saya di dunia ini masih lagi sebagai ahli Umno yang cintakan negaranya," katanya.

Mengenai buku itu, Abdullah menjelaskan bahawa beliau hanya terlibat dalam satu wawancara pada 2011 yang lebih kepada menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh penulis-penulis yang telah menyumbang kepada buku itu dan memberi ruang kepada beliau untuk menjelaskan beberapa perkara.

"Saya tidak menaja atau meminta buku tersebut diterbitkan. Sudah menjadi perkara biasa para akademik membuat analisis tentang sejarah politik negara kita dan sudah pasti era saya tidak terlepas dari kajian ilmiah.

"Saya cuma telah setuju untuk diwawancara agar suara, pendapat serta penjelasan saya dapat dimuatkan di dalam buku tersebut," katanya.

Selain itu, Abdullah berkata, beliau tidak tahu, tidak diberitahu dan tidak bertanggungjawab di atas mana-mana jemputan untuk melancarkan atau membincangkan buku itu.

Katanya, beliau juga tidak merancang untuk menghadiri pelancaran buku itu kerana tidak mahu orang membuat andaian yang buku itu ditulis dan ditaja oleh beliau.

"Berita yang mengatakan pemimpin dari parti pembangkang dijemput untuk melancarkan buku ini di Singapura - kalaupun benar - adalah keputusan penerbit buku, bukan saya," tegas Pak Lah. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan