Malindo Air Perkukuh Rangkaian Domestik

Diterbitkan: Isnin, 12 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan hibrid Malaysia, Malindo Air, merancang untuk memperkukuh rangkaian domestiknya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata, syarikat penerbangan akan meningkatkabn penerbangan hariannya ke Pulau Pinang dan Langkawi, berkuat kuasa pada Isnin dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebagai tambahan kepada penerbangan dari Subang.

"Kami juga menawarkan 50,000 tiket sehala bagi semua penerbangan domestik pada RM50, termasuk laluan KLIA-Pulau Pinang/Langkawi, bagi menyambut kejayaan bulan kelimanya sejak dimulakan," katanya dalam satu kenyataan.

Tempoh tempahan bagi promosi berkenaan ialah 11-17 Ogos dengan tempoh perjalanan 20 Ogos, 2013 hingga 31 Mei, 2014.

Syarikat penerbangan juga akan meningkatkan rangkaian antarabangsanya dengan pengenalan penerbangan harian ke dan dari Dhaka, Bangladesh, berkuat kuasa 28 Ogos, dari KLIA.

Penerbangan Dhaka akan diikuti dengan ke New Delhi, India, pada September atau Oktober tahun ini.

Chandran berkata, Malindo Air merancang untuk meningkatkan lagi kemudahan perjalanan dan penyambungan penerbangan bagi warga asing memandangkan KLIA terkenal sebagai hab transit di Asia.

Malindo Air, syarikat penerbangan pertama menggunakan pesawat baru B737-900ER di Malaysia, menyasar untuk mempunyai 100 pesawat dalam dekad akan datang, di samping menawarkan tambang rendah yang kompetitif kepada pelanggan, penerbangan tepat masa dan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan