Esscom Buka Bilik Gerakan Operasi 24 Jam Mulai Hari Ini

Diterbitkan: Isnin, 12 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom) pada Isnin secara rasmi membuka Bilik Gerakan keselamatan sebagai sebahagian daripada usaha untuk memantapkan lagi pertahanan dan keselamatan rakyat negeri ini.

Ketika mengumumkan perkara itu, Ketua Pengarah Esscom, Datuk Mohammad Mentek berkata, Bilik Gerakan yang berpusat di Lahad Datu itu beroperasi 24 jam setiap hari dan orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat, membuat aduan atau pertanyaan boleh menghubungi talian 089-863181 atau faks 089-863182.

"Ini adalah sebahagian daripada strategi kita untuk meningkatkan kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan terutama yang ada kaitan dengan aspek pertahanan dan keselamatan di Esscom," katanya kepada Bernama.

Sehubungan itu, Mohammad meminta orang ramai, termasuk ketua kampung dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, supaya segera melaporkan atau menyalurkan maklumat kepada bilik gerakan Esscom sekiranya terdapat kehadiran pendatang asing atau individu yang meragukan di kawasan kampung masing-masing.

"Maklumat awal ini penting bagi membolehkan anggota pertahanan dan keselamatan kita mengambil tindakan sewajarnya demi kebaikan bersama," katanya.

Mohammad juga menasihati orang ramai agar tidak menyalahgunakan talian hotline bilik gerakan Esscom dengan memberi maklumat tidak betul atau main-main sahaja.

Beliau berkata, ini kerana setiap maklumat atau aduan yang diterima daripada orang ramai oleh anggota Esscom yang bertugas di bilik gerakan akan disiasat dan diteliti untuk tindakan susulan.

Mohammad berkata, tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang sedia ada akan diambil terhadap mereka yang menyalurkan maklumat palsu.

Penubuhan Esscom diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac lepas dalam lawatan pertamanya ke Lahad Datu bagi meninjau Op Daulat susulan pencerobohan pengganas Sulu di daerah itu pada Februari lepas.

Esscom merupakan ejen penguatkuasaan bagi Zon Selamat Sabah Timur (Esszone) yang merangkumi 10 daerah sepanjang 1,400 kilometer di pantai timur Sabah, dan diwujudkan bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri ini ekoran krisis pencerobohan itu.

Esszone yang meliputi Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau, antara lain bertujuan memantapkan lagi semua operasi yang dilaksanakan pelbagai entiti pasukan keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Imigresen. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan