Anwar Akan Bangkitkan Isu Isytihar Harta Pada Mesyuarat PR

Diterbitkan: Ahad, 11 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membangkitkan isu pengisytiharan harta dalam kalangan wakil rakyat pakatan pembangkang pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) untuk keputusan muktamad.

Anwar, yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh, berkata mesyuarat itu akan diadakan dalam tempoh dua minggu lagi.

Katanya, mereka yang memegang jawatan awam harus mengisytiharkan harta mereka dan sebaliknya tidak perlu bagi mereka yang tidak memegang jawatan awam.

"Kita tidak boleh meminta setiap orang untuk mengisytiharkan harta mereka. Saya perlu menasihati Pengerusi DAP Karpal Singh mengikut cara yang sewajarnya dan saluran yang paling tepat ialah membawa isu itu semasa mesyuarat Majlis Pimpinan PR untuk keputusan akhir," katanya kepada pemberita semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di sini Sabtu.

Beliau mengulas gesaan Karpal agar rakan pakatan PKR dan PAS mengisytiharkan harta wakil rakyat mereka.

Anwar berkata, beliau tidak ada masalah untuk mengisytiharkan harta dan akan turut menasihatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengikut cara yang sewajarnya.

Bagi wakil rakyat Pulau Pinang, beliau berkata, semua anggota Parlimen negeri itu juga harus sependapat dengan Majlis Pimpinan PR termasuk mereka yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri.

Terdahulu, Karpal, yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor, berkata Pemimpin Umum PKR dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang harus mengarahkan wakil rakyat mereka untuk mengisytiharkan harta.

Katanya, beliau tidak ada masalah untuk mengisytiharkan harta dan sedang menunggu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menetapkan tarikh mengarahkan anggota Parlimen negeri itu berbuat demikian. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan