Pemilihan SNBJ Bagi Perlawanan Barcelona - Malaysia Dibuat Penganjur, FAM - Khairy

Diterbitkan: Sabtu, 10 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Keputusan menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dengan keadaan padang yang sedia ada bagi perlawanan persahabatan antara FC Barcelona - Malaysia adalah keputusan pihak penganjur dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata kedua-dua pihak bertanggungjawab membuat segala persiapan termasuklah pemilihan padang walaupun beliau telah mengarahkan stadium itu ditutup Jun lalu kerana kualiti padang yang tidak memuaskan.

"Mereka dipertanggungjawabkan untuk membuat segala persiapan termasuk pilihan padang.

"Pihak penganjur bagi tour Chelsea FC contohnya telah memilih Stadium Shah Alam, bukan SNBJ untuk perlawanan Chelsea menentang pasukan kebangsaan baru-baru ini.

"Dalam kes FC Barcelona, keputusan awal untuk mengadakan perlawanan mereka di SNBJ dibuat oleh pihak penganjur dan FAM," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Sabtu.

Kenyataan dikeluarkan selepas lokasi perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Barcelona pada Sabtu telah dipindahkan ke Stadium Shah Alam, satu keputusan yang dibuat pada saat-saat akhir iaitu pada Jumaat.

Khairy berkata, beliau telah bertindak mengarahkan SNBJ ditutup pada bulan Oktober supaya padangnya dapat diganti memandangkan keadaannya yang teruk

Katanya, penganjur sepatutnya tahu mengenai perkara itu kerana keputusan untuk menutup padang itu mendapat liputan luas dalam media arus perdana dan media sosial.

"Keputusan untuk mengguna SNBJ dengan keadaan padang yang sedia ada adalah keputusan pihak penganjur yang sepatutnya sudah tahu tentang keadaan padang dan juga keputusan saya bahawa padang hanya akan diganti pada bulan Oktober nanti," jelasnya.

Katanya Lembaga Perbadanan Stadium Malaysia telah bermesyuarat beberapa minggu lepas untuk menentukan prosedur tender untuk padang baru.

Katanya,SNBJ tidak ditutup lebih awal kerana penganjur beberapa acara telah membuat persiapan di situ lebih awal.

"FAM juga kekal dengan keputusan untuk mengadakan perlawanan akhir Piala Malaysia di SNBJ," katanya

Sambil mengakui perkara ini memalukan reputasi negara dan menimbulkan kesulitan pada penyokong-penykong yang telah membeli tiket, beliau berharap agar mereka terus menyaksikan perlawanan yang disifatkan sebagai perlawanan yang 'hebat' malam ini.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan