Pembangkang Tidak Mampu Tadbir Malaysia: Karpal Bidas Kuan Yew

Diterbitkan: Sabtu, 10 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pengerusi DAP Karpal Singh pada sabtu membidas bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew dengan memintanya menguruskan isu dalaman parti sendiri sebelum mengulas hal ehwal orang lain.

"Kenyataannya (Lee) bahawa pakatan tidak akan dapat mentadbir negara ini dengan berkesan jika menguasai kerajaan persekutuan adalah tidak berasas," kata Karpal pada sidang media, di sini.

Katanya Lee berhak melontarkan pandangan, namun beliau harus terlebih dahulu melihat urusan partinya iaitu People's Action Party (PAP) yang hilang enam kerusi pada pilihan raya umum lepas, selain kalah dalam dua pilihan raya kecil baru-baru ini.

"Seperti biasa Lee mahu menjadi juara di rantau ini. Saya fikir sudah tiba masanya beliau membiarkan orang lain pula memimpin. Beliau sepatutnya menikmati hari-hari tuanya," kata Karpal.

Lee menerusi buku bertajuk 'One's Man View of The World' yang dilancarkan minggu lepas, antara lain berkata pakatan tidak akan mampu mentadbir Malaysia.

Sementara itu, mengulas gesaan beberapa pihak agar beliau mengisytiharkan hartanya, Karpal Singh yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor mengulangi beliau tidak akan melayan gesaan daripada mereka yang tidak berkenaan.

"Tidak ada masalah untuk saya isytiharkan harta. Saya akan hanya berbuat demikian apabila Ketua Menteri (Lim Guan Eng) tetapkan tarikh," katanya.

Karpal digesa mengisytiharkan hartanya oleh pelbagai pihak susulan dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membayar RM50 juta kepadanya untuk merasuah hakim dan pendakwa raya.

Mengenai biografi pertamanya bertajuk 'Karpal Singh: Tiger of Jelutong', beliau berkata buku dengan 325 muka surat itu ditulis Tim Donoghue dan mengambil masa 26 tahun untuk disiapkan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan