Mangsa Culik Di Sabah Kembali Ke Pangkuan Keluarga - Berita Semasa | mStar

Mangsa Culik Di Sabah Kembali Ke Pangkuan Keluarga

Diterbitkan: Sabtu, 10 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Penolong pengurus ladang, Chong Wei Jie, 25 yang melarikan diri daripada penculik di Pulau Jolo, Filipina telah kembali ke kampung halamannya di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Wei Jie yang masih trauma akibat sembilan bulan dalam kurungan tiba di Kota Kinabalu lewat malam Khamis dan diterbangkan pulang ke Port Dickson selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth di sini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, mereka akan membiarkannya (Wei Jie) berehat dan meluangkan masa bersama keluarga sebelum memintanya kembali ke Sabah bagi membantu siasatan penculikan.

"Wei Jie masih trauma ke atas keseluruhan pengalaman pahit yang dilalui jadi kami akan biarkan dia berehat dan mengosongkan fikiran sebelum memintanya kembali ke sini untuk memberikan kita maklumat berkaitan dengan penculikan itu," katanya.

Hamza berkata mayat sepupu mangsa berusia 33 tahun, Chong Wei Fei, yang turut diculik bersamanya oleh beberapa lelaki bersenjata di sebuah ladang di Lahad Datu November lalu, masih tidak dapat dikesan.

"Kami sedang berusaha dengan atase kami di Filipina untuk mencuba dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai sama ada dia benar-benar mati dan di mana kemungkinan mayatnya berada," katanya.

Hamza berkata, mereka juga mengumpul maklumat mengenai bagaimana dan bila Wei Fei meninggal dunia.

"Apabila Wei Jie bersedia untuk bercakap, kita akan memanggilnya kembali untuk mengetahui siapakah penculik itu, berapa ramai daripada mereka yang terlibat dan semua maklumat yang diperlukan mengenai kejadian itu," katanya.

Hamza berkata Wei Jie yang menjadi saksi utama kejadian penculikan itu harus dilindungi, dan dengan itu tidak ada maklumat lanjut mengenai keluarganya boleh didedahkan sehingga kes itu ditutup.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan