Malaysia Sedia Kongsi Idea Baharu Pada Perhimpunan Agung PBB

Diterbitkan: Sabtu, 10 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Malaysia sudah bersedia untuk berkongsi idea baharu pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang bermula pada minggu ketiga September ini dengan sesi perbahasan umum dijadualkan dari 24 hingga 29 September ini.

Perwakilan Tetap Malaysia ke PBB Datuk Hussein Haniff berkata lazimnya setiap kali Malaysia berucap negara lain akan mendengar dan memberi perhatian.

"Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang berjaya. Dunia tahu kita berfokus dan melihat setiap perkara secara objektif. Kita juga memiliki rekod yang mengagumkan dalam pembangunan lestari dan pembasmian kemiskinan," katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Menurut Hussein, Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia juga sering kali menyatakan Malaysia sebagai 'model pembangunan' yang harus dicontohi negara lain.

"...justeru, apabila kita bercakap negara lain akan mendengar," katanya sambil menambah Malaysia akan menyentuh pelbagai isu. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan