Hina Islam: Pembantu Adun DAP Dakwa Disabotaj

Diterbitkan: Sabtu, 10 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pembantu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Stulang (DAP), Alan Tang, yang didakwa memuat naik ucapan menghina Islam di Facebook mendakwa beliau telah disabotaj oleh mereka yang ingin mencemarkan imej beliau dan parti itu.

"Serangan itu bermotif politik dan bertujuan untuk memburukkan imej parti dan saya," katanya.

Alan adalah pembantu kepada Adun, Andrew Chen Kah Eng.

Beliau percaya bahawa profil palsu dicipta menggunakan gambar yang dimuat turun dari Facebook beliau, dengan niat untuk mensabotaj.

"Saya percaya bahawa jawatan dan butir-butir saya termasuk nombor telefon dan alamat telah diletakkan dan imej paparan skrin telah dibuat sebelum halaman itu dipadam.

"Gambar skrin kemudian disebarkan untuk mewujudkan perbalahan kaum," katanya kepada The Star Online.

Alan menambah beliau telah menerima beberapa panggilan telefon dan mesej teks yang merupakan ancaman bunuh.

Seseorang berkata - "Lu mau Mati ka?", dan mesej yang lain adalah - "Hati-hati, ada orang nak tembak kepala lu."

Ekoran mesej itu, beliau membuat laporan polis dan memberikan nama-nama mereka yang disyaki kepada pihak berkuasa.

"Saya tidak mahu menamakan mereka. Biarlah polis menyiasatnya terlebih dahulu," katanya.

Kad hari raya yang tertera kepala babi panggang yang diapit lemang di sebelah kiri dan ketupat di sebelah kanan dengan kata-kata yang menjemput umat Islam menikmati hidangan itu, kononnya daripada Facebook Alan, menaikkan kemarahan ramai rakyat Malaysia.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan