Dr Chua 'Bisu' Mengenai Jawatannya Pada Pemilihan MCA Disember Ini

Diterbitkan: Sabtu, 10 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PAGOH: Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek masih membisu sama ada untuk mempertahankan jawatannya itu atau melepaskannya pada pemilihan parti Disember ini.

Menurutnya sehingga kini, beliau belum memikirkan mengenai pemilihan jawatan itu kerana sedang memberi perhatian serius terhadap isu mengembalikan persefahaman dan mengekalkan keharmonian antara kaum di negara ini.

Bagaimanapun, katanya, soal tersebut terlalu awal untuk difikirkan.

"Saya tidak cakap akan pertahankan atau tidak jawatan presiden," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kompleks Seri Pekembar di sini, Jumaat.

"Sekarang baru bulan lapan (Ogos), kita dalam suasana Hari Raya yang mana semua rakyat boleh bersama-sama supaya kita dapat menjalin hubungan yang lebih erat dan mesra antara kaum.

"Pada hemat saya, soal mengutamakan persefahaman dan perpaduan lebih penting daripada politik," katanya.

Dr Chua sebelum ini dilaporkan tidak akan mempertahankan jawatannya namun selepas prestasi buruk parti itu Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mei lepas, beliau dilaporkan berjanji untuk menstabilkan parti itu.

Pada PRU13, MCA hanya memenangi tujuh daripada 37 kerusi Parlimen yang ditandinginya dan 37 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan