Trafik Meningkat Dik Lebuh Raya Utara-Selatan

Diterbitkan: Jumaat, 9 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan trafik di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan meningkat setakat 4.30 petang ini namun masih bergerak lancar kecuali beberapa laluan ke arah utara.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Bhd ketika dihubungi Bernama melaporkan trafik mula sesak dari Slim River ke Sungkai dan dari Bukit Tambun ke Juru ekoran kenderaan mula memenuhi lebuh raya.

Beliau berkata di arah selatan, trafik juga dilaporkan bergerak perlahan dari Nilai menuju ke Seremban ekoran berlaku kemalangan maut membabitkan sebuah motosikal dan lori di KM 307 arah utara menghala ke Sungai Besi.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan aliran trafik mula sesak dari Plaza Tol Gombak ke Karak berikutan berlaku insiden kebakaran sebuah kereta kira-kira 3 petang Khamis.

Beliau berkata secara keseluruhan, trafik pada waktu petang masih terkawal.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan