Perlu Penuhi Syarat Untuk Tanding Tiga Jawatan Tertinggi Umno - Rauf

Diterbitkan: Jumaat, 9 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh berkata mereka yang berhasrat bertanding tiga jawatan tertinggi parti pada pemilihan Oktober perlu memenuhi syarat ditetapkan.

Beliau berkata antara syarat itu ialah telah menjadi anggota jawatankuasa bahagian selama tiga tahun atau satu penggal.

"Ataupun pernah menjadi ahli Majlis Tertinggi sekali seumur hidup," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di sini Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan kononnya jawatan presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden hanya boleh ditandingi oleh anggota Majlis Tertinggi sedia ada.

"Bukan MT sahaja, ia terbuka. Ini adalah kerana ada orang yang tidak pernah melalui proses (dalam kepimpinan) Umno dilantik menjadi menteri dilantik sebagai MT," katanya.

Ketika ditanya mengenai perjalanan mesyuarat peringkat cawangan yang sedang berlangsung, beliau berkata setakat ini semunya berjalan lancar.

Mesyuarat cawangan bermula 15 Julai lepas dan akan berakhir 31 Ogos. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan