Mohamad Hasan Sahkan Tanding MT Umno

Diterbitkan: Jumaat, 9 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan beliau akan bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti Oktober depan.

Beliau berkata merebut jawatan dalam MT sudah memadai memandangkan tugasnya sebagai Menteri Besar memerlukan tumpuan di peringkat negeri untuk mentadbir dan membangunkan negeri itu.

"Kalau bertanding untuk jawatan lebih tinggi dalam parti ia memerlukan kita perlu bekerja lebih untuk parti. Sebagai pentadbir negeri adalah susah pada masa sama memegang jawatan tinggi dalam parti, misalnya Naib Presiden," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Aidilfitri kerajaan Negeri Sembilan di perkarangan bangunan Dewan Undangan Negeri di sini, Khamis.

Mohamad, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, berkata mentadbir parti kini bukan sesuatu yang mudah kerana memerlukan pengorbanan masa dan dedikasi.

"Kalau parti diurus sambil lewa akan mengakibatkan parti menjadi lemah. Tidak guna jika kerajaan kuat dan parti lemah. Kita mesti memastikan parti kita kuat supaya dapat terus dipilih untuk memerintah negara," katanya.

"Jadi, kalau boleh ahli Umno mesti membuat penilaian sendiri jika berhasrat untuk bertanding jawatan pada pemilihan parti ini," katanya.

Pada pemilihan parti 2008, Mohamad merupakan antara empat Menteri Besar yang gagal dalam persaingan merebut 25 jawatan MT.

Tiga yang lain ialah Datuk Abdul Ghani Othman (bekas Menteri Besar Johor), Datuk Adnan Yaakob (Pahang) dan Datuk Seri Md Isa Sabu (bekas Menteri Besar Perlis). -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan