Anggota Exco Wanita Umno Norliza Ahmad Meninggal Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 9 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Anggota Exco Wanita Umno Norliza Ahmad meninggal dunia di Hospital Selayang akibat kanser hati kira-kira 10 malam Khamis.

Ketua Umno Bahagian Kapar, Datuk Abdul Rahman Palil mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama, Jumaat.

Beliau berkata jenazah Allahyarhamah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Meru, Klang, Jumaat.

Norliza, 47, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kapar kali pertama bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Selat Kelang pada pilihan raya umum ke-11 dan menewaskan Ali Abdullah dari PAS dengan majoriti 6,085 undi.

Beliau bagaimanapun gagal mempertahankan kerusinya apabila tewas kepada Dr Halimah Ali dari PAS pada pilihan raya umum ke-12 dengan majoriti 1,459 undi. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan