Kemurahan Hati Kisah "Buka Puasa" Menyentuh Hati Orang Ramai

Diterbitkan: Khamis, 8 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Raven (dua, kanan) di rumah panjang di Lipat Ulu, Betong, Sarawak.
Raven (dua, kanan) di rumah panjang di Lipat Ulu, Betong, Sarawak.

PETALING JAYA: Raven Murugesan, 50, yang sedang beratur di pasar raya yang sibuk di Kepong mendapati seorang juruwang masih bekerja apabila Azan dibunyikan, menandakan waktu berbuka puasa.

Raven bertanya sama ada juruwang sedang berpuasa dan dia menjawab "ya" dengan matanya yang kelihatan letih.

Secara spontan, guru Bahasa Inggeris itu menawarkan juruwang itu sebotol air oren dan satu pek biskut dan memintanya supaya berbuka puasa.

Juruwang itu berbuka puasa di kaunter dan apabila dia meneruskan semula kerjanya selepas 30 saat, Raven melihat air matanya bergenang.

Raven yang berasa terharu mencatatkan pengalaman beliau di Facebook pada malam Isnin dan sejak itu, beliau menerima tidak kurang daripada 1400 permintaan untuk menjadi rakannya.

Peti mesej Facebook dan "wall" dibanjiri dengan mesej daripada ramai orang yang tidak dikenalinya.

Paparan itu telah tersebar luas dan mencapai hampir 10,000 hit di Facebook.

Beliau benar-benar terkejut dengan maklum balas terhadap kenyataannya itu.

"Ia masih belum lenyap. Saya tidak percaya bahawa ianya dikongsi oleh ramai orang," katanya kepada The Star Online.

Ditanya mengapa beliau menulis kenyataan itu, Raven berkata bahawa beliau tersentuh buat pertama kali pada air matanya dan kemudian senyumannya, sama seperti senyuman bagaikan seorang anak perempuan kepada bapanya.

"Saya terharu dan saya merasakan bahawa saya perlu berkongsi pengalaman ini. Satu perbuatan yang ringkas boleh menyentuh kehidupan orang ramai," katanya.

Beliau berkata, rakan-rakannya di Sekolah Menengah Datuk Maharajalela di Kuala Selangor lebih teruja terhadap kenyataannya berbanding beliau sendiri.

"Mereka memanggil saya dan memberitahu saya tentang bagaimana kenyataan itu turut dikongsi oleh ramai orang," katanya.

Beliau percaya orang ramai berkongsi kenyataan itu kerana mereka bosan dengan laporan berita negatif yang mendominasi tajuk utama sejak beberapa minggu lalu.

Raven yang dibesarkan di Bukit Jerangau, Kuala Selangor menginginkan semua orang melayani antara satu sama lain dengan kebaikan dan belas kasihan.

"Melayan semua orang seperti saudara-saudara supaya kita boleh mempunyai persekitaran yang penyayang," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan