Agong Tunai Solat Sunat Aidilfitri Di Masjid Negara

Diterbitkan: Khamis, 8 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin dan orang ramai di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada Khamis. Turut kelihatan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
-Foto BERNAMA
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin dan orang ramai di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada Khamis. Turut kelihatan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. -Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara di sini bersama kira-kira 20,000 jemaah sempena sambutan 1 Syawal.

Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, tiba di masjid pada kira-kira 8.30 pagi.

Seri Paduka berdua diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Turut hadir menteri Kabinet dan diplomat asing.

Baginda dan jemaah kemudian bertakbir raya sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bertindak sebagai khatib.

Tuanku Abdul Halim kemudiannya beramah mesra dengan jemaah yang tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan baginda sebaik selesai khutbah Aidilfitri.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan menerima menghadap Perdana Menteri dan isteri, Timbalan Perdana Menteri dan isteri dan Ahli Jemaah Menteri sempena Aidilfitri di Istana Negara.

Selesai majlis tersebut, Seri Paduka berdua berkenan bersantapan bersama tetamu.

Sementara itu, Jamil Khir ketika menyampaikan khutbah hari raya bertajuk 'Aidilfitri Lambang Kesatuan Ummah' menyeru umat Islam agar memperkukuh kesatuan ummah dan bertoleransi dalam semua perkara serta berlapang dada atas sebarang keputusan yang telah dipersetujui.

"Ingatlah sebarang semangat melampau sebenarnya akan menjadi pemangkin terhadap ketidaksepaduan masyarakat dan seterusnya akan melemahkan kestabilan sesio-politik.

"Percayalah bahawa manhaj Islam adalah memelihara keutuhan sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Timizi bermaksud : Hendaklah kamu berada bersama-sama jamaah dan janganlah kamu berpecah-belah," katanya.

Jamil Khir berkata umat Islam hendaklah mengatur langkah yang bijak dengan menyatukan hati sesama mereka dan memperkasakan keupayaan agar dapat bergerak dalam langkah yang sama.

Menurutnya saf yang kukuh membolehkan umat Islam menghadapi musuh dengan lebih tabah dan gagah.

"Bayangkanlah jika umat Islam hilang pegangan hidup, hilang maruah, berada dalam ketaksuban kepada pihak-pihak tertentu dan mengutamakan hal peribadi serta diperalatkan pihak lain, maka akhirnya umat Islam pasti menerima nasib yang malang lagi hina di negara sendiri. "Lihat apa yang berlaku di negara Islam di Asia Barat, apabila rakyat tidak bersatu, tindakan dan pemikiran pemimpin dipengaruhi musuh Islam, maka negara berada dalam huru-hara dan kehancuran," katanya.

Lantaran itu beliau mengingatkan umat Islam supaya perlu bijak mengenal pasti musuh yang sedang dihadapi dan jangan pula bertelingkah sesama sendiri sedangkan musuh yang menabur racun bersorak kegembiraan.

Nasihatnya, berwaspadalah dengan golongan munafik dan pengkhianat di kalangan umat Islam yang telah menjadikan agama sebagai barang dagangan dan perjuangan menuntut keadilan sebagai modal politik sehinggakan sanggup bersekongkol dengan musuh untuk menumpaskan pemerintah Islam demi mendapatkan kuasa. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan