Agong Adakan Majlis Aidilfitri di Istana Negara

Diterbitkan: Khamis, 8 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajjah Haminah berkenan hadir pada Majlis Ramah Mesra bersama Dif-Dif Kenamaan Perwakilan Asing, Kerabat dan Sahabat bersempena Hari Raya di Istana Negara, Kuala Lumpur pada Khamis. -fotoBERNAMA
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajjah Haminah berkenan hadir pada Majlis Ramah Mesra bersama Dif-Dif Kenamaan Perwakilan Asing, Kerabat dan Sahabat bersempena Hari Raya di Istana Negara, Kuala Lumpur pada Khamis. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah mengadakan majlis sambutan Aidilfitri di Istana Negara di sini, Khamis.

Majlis dimulakan dengan sambutan bagi tetamu kehormat pada 10 pagi yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta timbalan-timbalan menteri, diplomat asing, kerabat dan sahabat baginda.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali serta Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar antara tetamu yang hadir. Tuanku Abdul Halim turut beramah mesra dan bersalaman dengan para hadirin yang lengkap berbaju kebangsaan atau batik, termasuk tetamu asing wanita yang memakai baju kurung atau berkebaya labuh.

Hadirin dijamu dengan pelbagai juadah raya seperti laksa, sate, ketupat, rendang, lemang dan kuih-muih.

Sementara itu, Duta Chile ke Malaysia, Christian Rehren berkata beliau menikmati suasana perayaan di istana hari ini. "Saya sentiasa menanti kedatangan raya dan makanan yang saya benar-benar nikmati hari ini ialah sate," katanya kepada Bernama. Duta Argentina ke Malaysia Maria Isabel Rendon berkata beliau menghabiskan masa dengan seronok di istana dan gembira dengan cara Aidilfitri disambut tanpa mengira bangsa dan agama.

"Hidangan raya kegemaran saya ialah rendang daging. Saya suka kerana kepedasannya," katanya.

Tuanku Abdul Halim seterusnya berkenan mengadakan majlis sambutan untuk orang ramai di kawasan perkarangan istana bermula 11.30 pagi hingga 2 petang. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan