Wajah Seiras Suspek Kes Bunuh: 'Saya Lebih Kacak' - Ku Chin Wah

Diterbitkan: Rabu, 7 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Ku Chin Wah memegang gambar suspek di ibu pejabat polis kontigen Kuala Lumpur pada Selasa. -Foto BERNAMA.
Datuk Ku Chin Wah memegang gambar suspek di ibu pejabat polis kontigen Kuala Lumpur pada Selasa. -Foto BERNAMA.

PETALING JAYA: Ramai yang tidak percaya apabila melihat Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Senior Asisten Komisioner, Datuk Ku Chin Wah memegang gambar suspek kes bunuh, Kong Swee Kwan pada Selasa semuanya gara-gara gambar mereka berdua nampak seiras.

Ku yang memakai cermin mata dengan misai nipis, sementara Kong juga dilihat mempunyai potongan rambut yang hampir serupa turut memakai cermin mata, membuatkan muka mereka benar-benar nampak seiras.

Ketika dihubungi pada Rabu untuk mengulas mengenai isu berkenaan, Ku memberi penerangan yang lebih jelas.

"Saya lebih kacak!," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas kepada The Star Online, yang turut disertakan dengan ikon senyum.

Terdahulu pagi Rabu, ramai pengikut twitter menulis mengenai wajah Ku dan Kong yang hampir serupa.

@tengfoong mentweet: "Lihat wajah yang seriras?". Turut disertakan pautan kepada artikel dan gambar berkenaan.

Thomas Chin @thomaschin239 mengulas: "Kelakar bagaimana suspek dan SAC Datuk Ku Chin Wah nampak sangat seiras."

Peguam Michelle Yesudas @chelle_yesudas pula menyatakan rasa tidak percayanya: "Serius, Ku Chin Wah tidak peduli untuk menukar cermin matanya dengan gambar suspek yang dikehendaki..."

Nikolai @NikolaiAF geli hati: "Haha, dia menyorok dalam terang! Bagaimana liciknya dia!"

@Hellioz666 juga melihat wajah yang seiras itu: "Adakah 'Slim Shady' sebenar akan muncul? Saya ulangi."

Polis sedang memburu, Kong,44, dalam kes pembunuhan pengasas Bank Arab Malaysian Hussain Ahmad Najadi.

Pada 29 Julai, Najadi, 75, mati ditembak selepas seorang melepaskan tembakan kepada beliau dan isterinya di tempat letak kereta di luar kuil Kuan Yin di Jalan Ceylon.

Isteri Najadi, Cheong Mei Kuen yang terselamat dalam serang tersebut mengalami kecederaan di bahagian lengan.

Suspek kemudiannya melarikan diri menaiki teksi yang sedang sedia menunggunya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan