Pengguna Berang Dengan Kekalutan JPJ

Diterbitkan: Rabu, 7 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Seorang pemandu, Sari Wagimbil, 38, menunjukkan angkat giliran yang diperolehinya sejak dia tiba pada pukul 10 pagi di pejabat JPJ Petaling Jaya.
Seorang pemandu, Sari Wagimbil, 38, menunjukkan angkat giliran yang diperolehinya sejak dia tiba pada pukul 10 pagi di pejabat JPJ Petaling Jaya.

PETALING JAYA: Ramai pemandu berang dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ekoran penaiktarafan sistem komputer yang menimbulkan kekalutan luar biasa, apabila mereka terpaksa menunggu berjam-jam dan beberapa hari hanya untuk memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan yang selalunya hanya mengambil masa sepuluh minit sahaja.

Lebih memburukkan keadaan apabila ia berlaku ketika hampir dengan musim orang mahu pulang ke kampung menyambut Hari Raya.

Ada juga yang terpaksa mengambil risiko memandu dengan lesen yang telah tamat tempoh kerana mereka tidak mampu menunggu lebih lama lagi.

Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad berkata penaiktarafan system telah bermula sejak dua tahun lalu dan ia siap sepenuhnya sejak dua minggu lalu.

Bagaimanapun pada masa yang sama timbul kekalutan menyebabkan system atas talian mereka menjadi sangat perlahan dalam proses memperbaharui cukai jalan, lesen memandu dan beberapa dokumen lain.

Berdasarkan tinjauan yang dijalankan di Lembah Klang menunjukkan orang ramai terpaksa beratur panjang hingga ke luar pejabat JPJ.

"Saya datang sini pukul 10 poagi Isnin dan menunggu hingga pukul 2.30 petang, saya terpaksa mengalah dan pulang ke rumah dengan hampa apabila nombor giliran saya masih tidak dipanggil," kata Agnes Kaw, 42, pekerja syarikat pengangkutan, di pejabat JPJ Petaling Jaya pada tengah hari Selasa.

"Saya telah berdiri di sini sejak pukul 9 pagi untuk memperbaharui lesen memandu. Apa perasaan saya cuba anda bayangkan?," katanya.

Ahli perniagaan Don Daud, 45, berkata dia difahamkan system komputer JPJ mengalami gangguan pada Isnin, hingga menyebabkan pegawai JPJ bekerja hingga lewat malam.

"Ia sangat menyakitkan hati, tapi saya perlu selesaikan ini (memperbaharui lesen memandu)," katanya.

Ada juga yang pergi ke pejabat Pos Malaysia namun perkhidmatan memperbaharui lesen tidak dapat dilaksanakan buat sementara waktu.

Dengan proses yang perlahan bermakna pejabat JPJ tidak mempunyai limitasi berapa ramai pelanggan yang dapat mereka layan setiap hari.

Seorang peniaga, Mohd Azmi, 49, dia terpaksa meninggalkan pejabat JPJ Shah Alam apabila dia gagal memperbaharui lesen memandunya.

"Saya cuba beratur untuk mengambil nombor, tetapi mereka memberitahu saya tidak ada nombor lagi yang dikeluarkan.

"Saya mahu pulang untuk menyambut Hari Raya, apa yang boleh saya buat. Apa yang boleh saya buat sekiranya saya ditahan dalam sekatan jalan raya?," katanya.

Menurut sebahagian pengguna, pejabat JPJ Shah Alam tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi yang bekerja ketika ini.

Jamil Khair, 35, berkta JPJ tidak mempunyai kaunter yang mencukupi untuk menguruskan beberapa perkhidmatan utama.

"Hanya satu kaunter dibuka untuk perkhidmatan memperbaharui cukai jalan. Anda lihat sendiri berapa ramai orang yang sedang menunggu giliran," katanya sambil menunjuk kepada barisan yang panjag di kaunter berkenaan.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan