Pemandu Bas Diingatkan Utama Keselamatan Penumpang, Patuhi Peraturan Jalan Raya

Diterbitkan: Rabu, 7 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pemandu bas dinasihat mengutamakan keselamatan penumpang dan mematuhi peraturan jalan raya untuk mengelak kejadian tidak diingini berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.

Ketika memberikan ingatan itu, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Yusoff Ayob berkata pemandu bas juga hendaklah bersabar dan sentiasa berhati-hati.

"Mereka bertanggungjawab memastikan penumpang selamat sampai ke destinasi...memandulah di lorong betul, patuh had laju dan jangan guna telefon bimbit semasa memandu," katanya ketika ditemui pemberita semasa mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Kerja Raya Kedah Datuk Tajul Urus Mat Zain meninjau Terminal Bas Shabab Perdana, di sini, Rabu.

Beliau berkata banyak 52 pasukan penguatkuasa ditugaskan memantau jalan raya di seluruh negara untuk mengambil tindakan terhadap pemandu bas yang melakukan kesalahan pada musim perayaan Aidilfitri.

Pegawai JPJ turut melakukan penyamaran dengan menaiki bas dan mereka akan mengeluarkan saman terus kepada pemandu yang melakukan kesalahan jalan raya sebaik tiba di destinasi, katanya.

Tinjauan itu turut disertai pegawai Jabatan Keselamatan Jalan Raya Kedah (JKJR), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan