Makmal Kaji Langkah Tangani Jenayah Serius Dibentuk Selepas Aidilfitri - Nancy

Diterbitkan: Rabu, 7 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Sebuah makmal mengkaji langkah-langkah yang boleh diambil dalam menangani masalah penjenayah melakukan jenayah serius akan diwujudkan selepas hari raya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.

Beliau berkata makmal tersebut akan diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dan dianggotai Senator Datuk Low Paul Seng Kuan, serta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Saya akan turut menganggotai makmal tersebut, yang akan membincangkan perkara berkaitan dengan tugas-tugas agensi di bawah naungan kami," katanya kepada Bernama, di sini.

Menurutnya makmal tersebut hanya membincangkan perkara yang perlu dilakukan sebagai pencegahan bagi membolehkan pihak bertanggungjawab melaksanakan tugas mereka dengan lebih berkesan.

Beliau berkata demikian sebagai membetulkan kenyataan sebuah akhbar, bahawa makmal baharu yang bakal dibentuk itu, akan berperanan menyelaras undang-undang baharu menggantikan Ordinan Darurat (EO).

-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan