Kereta Ahli Perniagaan Meletup

Diterbitkan: Rabu, 7 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan kaya, yang memiliki beberapa restoran dan kelab malam di Lembah Klang, terselamat daripada maut apabila kereta mewah yang dinaikinya tiba-tiba meletup.

Dia dan pemandunya, kedua-duanya berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.

Sebutir bom dilekatkan di bahagian bawah kenderaan tersebut tiba-tiba meletup menyebabkan bebola bearing terkoyak daripada but kereta Jaguar berkenaan.

Ahli perniagaan yang bergelar Datuk Seri, dan pemandunya sedang melalui Taman Taynton View di Cheras pada malam Isnin ketika alat peranti itu meletup.

Bagaimanapun, ahli perniagaan itu merupakan bekas tahanan di bawah Akta Darurat dan pernah ditahan di Simpang Renggam lebih daripada setahun.

Menurut laporan yang dibuat oleh pemandunya, mereka sedang melalui Jalan Nadchantiram di kawasan berkenaan pada pukul 8.45 malam ketika bonet belakang kereta berkenaan tiba-tiba meletup.

Dia segera memberhentikan kereta tersebut dan berlari meninggalkan tempat kejadian.

Ketika mereka memeriksa kerosakan yang dialami, mereka mendapati terdapat bearing bebola dalam but dan belakang kereta berkenaan musnah dengan kesan letupan.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Datuk Ku Chin Wah berkata letupan tersebut memusnahkan bahagian belakang kereta dan tiada ada sesiapa termasuk pemandu mahupun pengguna jalan raya lain mengalami kecederaan.

Polis percaya insiden berkenaan berlaku disebabkan oleh tindakan sabotaj.

Difahamkan Datuk Seri, tersebut mendapat gelarannya daripada Pahang dan pernah ditahan di bawah Akta Darurat pada 2005 dan dibebaskan 17 bulan kemudian.

Ada juga khabar angin yang menyatakan dia mungkin terlibat dengan kegiatan kongsi gelap yang menyebabkan berlakunya serangan ke atas beliau dan keretanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan