'Kalau Ada Perebutan Jawatan Presiden, Ok Saya Terima' - Palanivel

Diterbitkan: Rabu, 7 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: "Saya tidak mahu komen mengenai perebutan jawatan tertinggi MIC...kalau ada (perebutan jawatan presiden) ok saya terima, kalau tiada pun, tidak mengapa," kata Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel.

Itu jawapan ringkas beliau bagi mengulas dakwaan timbalannya Datuk Seri Dr S. Subramaniam akan mencabarnya pada pemilihan jawatan tertinggi MIC itu yang dijadualkan September ini.

Katanya beliau enggan mengulas lanjut mengenai perebutan jawatan presiden dan timbalan presiden.

Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata demikian pada sidang media selepas melakukan rakaman ucapan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di pejabatnya di sini Selasa.

Selain perebutan kerusi presiden, Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan turut dikatakan berminat bertanding jawatan timbalan presiden pada pemilihan tersebut.

Palanivel berkata mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC pada Jun lepas telah menetapkan pemilihan bagi jawatan presiden parti pada 22 September depan dan 1 September sebagai hari penamaan calon.

"Pemilihan jawatan timbalan presiden, tiga naib presiden dan kesemua anggota CWC pula akan diadakan pada bulan November atau Disember," katanya.

Kali terakhir MIC mengadakan pemilihan parti ialah pada 2009 yang menyaksikan Datuk Seri S.Samy Vellu menang jawatan presiden tanpa bertanding.

Pemilihan bagi semua jawatan tertinggi MIC diadakan tahun ini selepas parti itu dinasihati Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk berbuat demikian. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan