Esscom Kemuka Empat Opsyen Selesai Penempatan Atas Air Kampung Simunul

Diterbitkan: Rabu, 7 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) akan mengemukakan empat opsyen kepada kerajaan mengenai penyelesaian kesesuaian penempatan di sembilan perkampungan atas air kawasan Mukim Simunul, di sini.

Ketua Pengarah Esccom, Datuk Mohammad Mentek berkata, empat opsyen berkenaan diperoleh hasil kajian bersama agensi lain serta susulan bancian yang dilaksanakan pihaknya terhadap perkampungan berkenaan, baru-baru ini.

"Saya akan bentangkan empat opsyen cadangan ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan kita tunggu keputusannya sama ada penduduk kampung air ini berpindah atau kekal di tempat mereka," katanya.

Mohammad berkata demikian kepada pemberita ketika mengumumkan hasil bancian Esscom ke atas sembilan kampung di Mukim Simunul di Pejabat Daerah Semporna di sini, Selasa.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran empat opsyen berkenaan.

Mengenai hasil bancian ke atas 13,738 di sembilan kampung di Mukim Simunul berkenaan, Mohammad berkata bancian yang dilaksanakan mencapai tahap 97 peratus.

Katanya, hanya 170 buah rumah daripada 2,356 rumah di sembilan kampung berkenaan tidak dapat dibanci kerana premis berkenaan bertutup dan tiada penghuni.

Menurutnya, sebanyak 815 rumah yang dibanci di mukim itu didiami penduduk bukan warganegara iaitu mereka yang memegang dokumen penduduk tetap (kad pengenalan merah), pemegang kad pengenalan hijau dan pemegang dokumen IMM13.

"Penghuni 46 buah rumah lagi tidak memiliki sebarang dokumen.

"Kita juga dapati kebanyakan penduduk iaitu 38 peratus bekerja dalam sektor perkhidmatan dan hanya 28.5 peratus dalam sektor sektor perikanan," katanya.

Sehubungan itu, Mohammad berkata segala aspek perlu diteliti sebelum sebarang keputusan diambil terhadap isu penempatan penduduk berkenaan.

Mohammad juga berkata, sembilan buah kampung di Mukim Simunul berkenaan merupakan projek perintis Esscom untuk mengkaji kesesuaian penempatan 131 kampung atas air di kawasan Zon Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esszone) dengan 23 ribu buah rumah membabitkan 116,000 penduduk. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan