Bomba Siap Siaga Bantu Lancarkan Aliran Trafik Lebuh Raya

Diterbitkan: Rabu, 7 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Abdul Rahman melakukan tinjauan udara lalu lintas kenderaan pulang ke kampung di Lebuhraya Utara Selatan PLUS di Ipoh, Rabu. Foto BERNAMA
Abdul Rahman melakukan tinjauan udara lalu lintas kenderaan pulang ke kampung di Lebuhraya Utara Selatan PLUS di Ipoh, Rabu. Foto BERNAMA

TAPAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat bersiap siaga menghulurkan sebarang bantuan bagi memastikan kelancaran trafik di sepanjang lebuh raya ketika musim perayaan ini.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, 16 pos kawalan disediakan di beberapa lokasi di lebuh raya utama yang melibatkan penugasan anggota, rondaan, kelengkapan jentera menyelamat dan sistem komunikasi yang menghubungkan polis dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

"Kesemua kekuatan yang kita ada akan beroperasi 24 jam sehari sehingga 18 Ogos ini bagi memastikan kelancaran trafik.

"Kita akan memperhebatkan kawalan kita dan menjangkakan trafik akan sesak pada 14 Ogos dengan rata-rata pengguna akan pulang pada tarikh tersebut," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan udara di sekitar Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dari Subang ke Tapah pada Rabu.

Menjelas lanjut, Abdul Rahman berkata, statistik Ops Raya kendalian bomba sejak lima hari lepas, merekodkan 65 kemalangan dan 23 kematian, berbanding 11 kematian dalam tempoh sama, tahun lalu.

Abdul Rahman menasihatkan pengguna supaya lebih berhati-hati dan menjadi pemandu yang berhemah sepanjang perjalanan ke destinasi masing-masing.

Mengulas mengenai tinjauan pada Rabu, beliau berkata trafik lancar dan tiada kesesakkan di lebuhraya Plus. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan