Polis Percaya Suspek Larikan Wan Aisyah Masih Berada Di Semenanjung

Diterbitkan: Selasa, 6 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis percaya suspek lelaki yang melarikan kanak-kanak perempuan, Wan Aisyah Wan Exzan, 3, dari sebuah pasar raya di Rawang pada 2 Ogos lepas dan ditemui semula di Pulau Pinang pada Isnin, masih berada di Semenanjung Malaysia.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah berkata, polis kini sedang mengesan suspek dan yakin lelaki berusia 44 tahun yang dikenali sebagai Sharizal Yusoff itu masih berada di negara ini.

"Kami telah mengambil beberapa kenyataan termasuk daripada ibu mangsa dan ibu kepada suspek. Polis masih meneliti kenyataan itu," katanya pada sidang akhbar di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini Selasa.

Beliau berkata, suspek menyerahkan kanak-kanak itu kepada ibunya di Batu Uban, Pulau Pinang pada kira-kira 5 pagi Isnin sebelum menghilangkan diri.

Mohd Adnan berkata kanak-kanak itu juga telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan mendapati tiada kesan kecederaan, dan mangsa telah diserahkan kepada ibunya.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, polis mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau.

"Kami juga masih menjalankan siasatan mengenai motif kejadian dan meminta orang ramai yang mengenali dan tahu di mana suspek berada menghubungi pegawai penyiasat, Insp Zalina di talian 019-3502695 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya.

Wan Aisyah dilapor hilang oleh ibunya, Arbaiyah Md. Zin, 32, pada 2 Ogos selepas menyerahkannya kepada suspek di sebuah pasar raya di Rawang sebelum lelaki itu menghilangkan diri bersama kanak-kanak itu.

Arbaiyah, yang merupakan seorang guru, dilaporkan mengenali suspek menerusi laman sosial Facebook dan dikatakan turut membuat aduan polis bahawa dia telah menyerahkan wang RM25,000 kepada lelaki terbabit pada hari sama sebagai modal perniagaan emas.

Berita tentang kehilangan Wan Aisyah mendapat perhatian meluas di laman media sosial apabila orang ramai menggesa tindakan pantas pihak polis untuk mencarinya.

Susulan kejadian itu, seorang wanita berusia 66 tahun yang mendakwa dirinya ibu suspek dilapor menyerahkan kanak-kanak perempuan itu di Balai Polis Sungai Nibong, Pulau Pinang pada kira-kira 11 pagi Isnin.

Wanita itu mendakwa, anak lelakinya menyuruh beliau mengembalikan Wan Aisyah ke balai polis sebelum dia bertindak melarikan diri. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan