Penempatan Semua Terminal Bas Ekspres Di TBS Masih Dalam Perbincangan - SPAD

Diterbitkan: Selasa, 6 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang berbincang dengan beberapa pihak berhubung cadangan menempatkan semua terminal bas ekspres di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan di sini bagi mengurangkan kesesakan di pusat bandar raya.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, perpindahan terminal bas ekspres ke utara dan pantai timur itu melibatkan banyak pihak dan kos, oleh itu kajian teliti serta penyusunan semula sistem perlu dibuat bagi memastikan tiada pihak mengalami gangguan perkhidmatan.

"Pudu Sentral umpamanya bagi saya, tidak sesuai untuk bas perjalanan jarak jauh kerana ia terletak di tengah bandar raya yang sentiasa sesak dengan kenderaan, tambahan pula ruangnya yang kecil dan kaunter tiket juga tidak mencukupi.

"Kita lihat TBS masih di bawah kapasiti dan setakat ini hanya 30 peratus sahaja kemudahan digunakan. Masih banyak ruang boleh digunakan, namun kita perlu ambil kira segala halangan untuk pemindahan itu," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Hentian Duta di sini, Selasa.

Menurutnya, pembinaan TBS yang berkapasiti besar dengan kos lebih RM500 juta itu dilihat mampu menampung keperluan perjalanan dan perkhidmatan bas ekspres ke utara, pantai timur dan selatan.

Mengenai harga tiket pengangkutan awam, Syed Hamid berkata, pihaknya sedang meneliti format dan kaedah penetapan harga yang sepatutnya dan keputusan itu akan dikeluarkan selewat-lewatnya hujung tahun ini. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan