Mustapa Akan Pertahan Jawatan Majlis Tertinggi Umno - Berita Semasa | mStar

Mustapa Akan Pertahan Jawatan Majlis Tertinggi Umno

Diterbitkan: Selasa, 6 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mengesahkan akan mempertahankan kedudukannya dalam Majlis Tertinggi Umno pada pemilihan parti Oktober ini.

Anggota Parlimen Jeli dan anggota Dewan Undangan Negeri Ayer Lanas itu berkata pada masa ini beliau tidak berminat untuk bertanding jawatan lain kerana berpendapat kedudukannya sekarang dalam parti sudah jauh mencukupi.

"Saya tawarkan diri untuk pertahankan kedudukan dalam Majlis Tertinggi. Tidak lebih dari itu. Cukuplah dan Alhamdulillah dengan apa yang saya peroleh ketika ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama ketua jabatan dan badan bukan kerajaan (NGO) di sini malam Isnin.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Ditanya sama ada wujud desakan untuk beliau bertanding merebut jawatan lebih tinggi, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata: "Setakat ini saya akan mempertahankan kedudukan dalam Majlis Tertinggi, kecuali ada hal luar jangkaan yang lain". - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan