MAS Mulakan Perkhidmatan Ke Dubai

Diterbitkan: Selasa, 6 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Malaysia Airlines (MAS) memulakan penerbangan hariannya ke Dubai, dengan penerbangan pertama berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 11.30 malam Isnin.

Pengarah Komersil MAS Dr Hugh Noel Dunleavy berkata Dubai merupakan hab pelancongan, perdagangan dan logistik, selain reputasinya sebagai gerbang antara Timur dan Barat.

Beliau berkata kediaman bagi hanya lebih dua juta penduduk dan lebih 200 masyarakat pelbagai negara, Dubai merupakan antara bandar raya kosmopolitan di dunia.

"Menerusi pusat membeli-belah bertaraf dunia dan kemudahan santainya, Dubai merupakan destinasi popular untuk perniagaan dan santai," katanya kepada Bernama pada resepsi ringkas pada pelancaran perkhidmatan itu di KLIA malam Isnin.

"Dalam pada kami meluaskan rangkaian, kami mahu menyiapkan diri dengan produk dan perkhidmatan yang lebih baik untuk pelanggan setiap kali mereka terbang dengan kami.

"Tumpuan kami ialah kepuasan pelanggan sepenuhnya," katanya.

Sementara itu, MASholidays, sayap perjalanan dan kembara MAS, juga menawarkan dua pakej perjalanan ke Dubai sempena pelancaran perkhidmatan syarikat penerbangan negara itu ke ibu negara Emiriah Arab Bersatu itu.

Pelanggan boleh memilih dua pakej itu iaitu sama ada pelepasan secara kumpulan atau individu.

Pakej lima hari dan pakej tiga malam itu masing-masing ditawarkan pada harga RM3,499 dan RM2,840, bagi pelepasan pada tarikh penerbangan sulung.

Menerusi pakej itu, mereka akan dibawa melawat beberapa mercu tanda yang menjadi ikon di Dubai, termasuk Burj Khalifa yang sangat terkenal.

Pesawat Boeing 777-200 dengan dua konfigurasi digunakan untuk laluan Kuala Lumpur - Dubai - Kuala Lumpur itu menawarkan kapasiti tempat duduk sebanyak 282 bagi setiap penerbangan atau bersamaan 3,948 tempat duduk seminggu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan