Kerajaan New Zealand Siasat Susu Formula Bayi Tercemar

Diterbitkan: Selasa, 6 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Ketika tujuh negara, termasuk Malaysia, menyiasat tahap pencemaran produk susu Fonterra yang dicemari bakteria 'clostridium botulism', Perdana Menteri New Zealand John Key berkata beliau mahu mengetahui mengapa syarikat itu mengambil masa empat bulan untuk memaklumkan kepada kerajaan mengenai masalah itu.

Laporan Associated Press Australia (AAP) menyebut Key sebagai berkata pegawai Kementerian Perusahaan Utama (MPI) akan ditempatkan di pejabat tenusu itu bagi mengetahui kedudukan sebenar isu berkenaan. Key berkata terdapat "jurang" maklumat yang diberikan oleh Fonterra kepada kerajaan.

Walaupun beliau tidak percaya Fonterra sengaja menyembunyikan maklumat, masalah itu nanpaknya lebih teruk daripada tanggapan awal.

"Keadaan masih disiasat dan kami tidak dapat memberikan kepastian mutlak kepada penduduk New Zealand atau rakan dagang kami. Atas alasan itu, kami dan rakan dagang mengambil langkah tepat mengambil pendekatan berhati-hati," kata Key.

Ketua Eksekutif Fonterra Theo Spierings, ketika bercakap pada media New Zealand dari Beijing, berkata kelewatan itu tidak dapat dielak.

Kesan bakteria yang ditemui semasa ujian pada Mac tidak memberikan sebab untuk kami mengambil tindakan serta-merta.

"Kami menemui paras clostridium yang tinggi, namun tidak boleh bertindak atas alasan itu kerana anda tidak tahu apa yang anda lihat," katanya dipetik oleh AAP.

"Terdapat 191 strain (clostridium), dengan hanya jumlah yang sangat terhad menghasilkan strain toksik.

Namun, selepas ujian mengenal pasti strain clostridium yang boleh membunuh, pada 31 Julai, Fonterra bertindak pantas memaklumkannya kepada pihak yang telibat mengenai risiko keselamatan makanan.

MPI menasihatkan ibu bapa di negara itu supaya mengelak memberikan susu formula peringkat 1 Karicare Nutricia dan Formula Susulan Peringkat 2, memandangkan ia tidak dapat memutuskan ia tercemar.

Dalam kenyataan bersama Jabatan Pertanian Perikanan dan Perhutanan Australia (DAFF) dan Standard Makanan Australia New Zealand berkata satu penghantaran gagal ujian clostridia, dan tidak dibenarkan dijual untuk penggunaan manusia.

"Produk ini mungkin sudah dijual sebagai makanan ternakan dan pengesanan sedang dilakukan," kata DAFF.

Rusia mengarahkan sekatan ke atas import tenusu New Zealand manakala lima negara lain Australia, Malaysia, Arab Saudi, Thailand dan Vietnam juga menyiasat tahap potensi pencemaran bakteria terbabit. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan